sjktlbhr.zoom-a.com
SJKT LADANG BATU HAMPAR
SJKT LADANG BATU HAMPAR, 71300 REMBAU
Tel : 06-6854694, Faks : 06-6854694
e-mel : [sjkt_bt.hampar@yahoo.com]
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | BERITA TERKINI | ENROLMEN PELAJAR | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | PANORAMA | SEJARAH | VISI & MISI | MATLAMAT SEKOLAH | Untitled |

SEJARAH SEKOLAH








Sekolah in telah dibina pada tahun 1947 atas usaha pengurus Ladang Ulu Pedas di Division Ladang Batu Hampar. Seramai 19 orang murid telah didaftar pada awal pembukaan sekolah ini. Pada awal pengoperasian sekolah ini, kesemua murid berasal dari kalangan keluarga yang bekerja di Ladang Batu Hampar. Setelah agak lama sekolah ini dibuka, ibu bapa dikalangan penduduk berhampiran terutamanya dari pekan Rembau telah mendafterkan anak-anak mereka di sekolah ini. Keadaan ini menyebebkan murid-murid di SJKT Ladang Batu Hampar meningkat dari tahun ke tahun.

Pada asalnya hanya sebuah bangunan menempatkan dua buah bilik darjah dibangunkan dengan bantuan modal kerajaan. Kerajaan telah memberi sumbangan sebanyak RM 6500.00 untuk membina dua buah bilik darjah ini. Pada tahun 1970 sebuah bangunan tambahan separa bata dengan tiga buah bilik darjah telah dibina. Selepas itu, bangunan separa bata ini telah dijadikan bata sepenuhnya pada tahun 2002 dengan tiga buah bilik darjah, sebuah bilik PPSMI dan sebuah pejabat. bangunan lama telah dijadikan sebagai bilik staf (bilik guru), Bilik BBM dan stor sukan. Terdapat juga sebuah kantin di belakang bangunan utama dan sebuah padang di hadapan sekolah. Padang ini adalah milik ladang. Pihak Pengurusan Ladang telah memberi kelulusan untuk menggunakan padang tersebut untuk aktiviti sekolah.

Pada tahun 2008, sebuah bilik darjah sumbangan AGAPE Church (Gereja Agape) Seremban telah dibina di kawasan kantin dan ini dijadikan sebagai kelas tahun empat. Pada penghujung tahun 2009, sebuah blok baru dengan 6 buah bilik darjah telah dibina di kawasan berhampiran sekolah. Pada 5 Febrari 2010 murid-murid telah berpindah ke blok baru. Lima buah kelas dan sebuah pejabat sedang berfungsi di blok baru tersebut. Mesyuarat Agung PIBG serta Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah telah berlangsung di blok baru ini.

LEMBAGA PENGURUS SEKOLAH DAN PIBG SEKOLAH

Pada awalnya En. K. Krishnasamy telah dilantik sebagai Lenbaga Pengurus Sekolah tetapi tugas ini telah kemudiannya tealh diserahkan kepada Dato' Doktor K. Sree Raman. Pada tahun 1980 En. Mahalingam telha mengambil alih jawatan sebagai Yang Di-Pertua PIBG dan telah digantikan oleh En. Ramesh Patel pada tahun 2011.





 





 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: